Sanggupkah kita biarkan hidupan laut hidup dalam keadaan sebegitu rupa? Apa silap hidupan laut untuk lalui semua perkara yang boleh mengancam hidup mereka?
Pertamanya, saya ingin menyeru kepada semua marilah sama-sama kita mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian. Kasihanilah generasi akan datang, mereka berhak mendapatkan hidup yang baik, bersih dan sihat seperti kita pada zaman dahulu kala. Sekarang, banyak perkara buruk yang telahpun menjejaskan alam sekitar di muka bumi kita.
Sejak kebelakangan ini, banyak pihak menjalankan perniagaan untuk meningkatkan pendapatan dalam kehidupan seharian bagi menampung perbelanjaan yang semakin hari semakin meningkat. Namun begitu, banyak pihak menggunakan plastik pakai buang sebagai inisiatif kepada mereka dalam pembungkusan dalam aktiviti perniagaan masing-masing. Mungkin, tanpa kita sedari plastik yang digunakan setiap hari ini tidak semua orang mampu menghapuskannya dengan cara yang baik. Ada di antara kita semua memandang enteng dengan perkara ini. Mereka sesuka hatinya membuang plastik tanpa rasa bersalah di mana-mana tempat. Walhal sudah banyak tong sampah yang telah disediakan. Jadi, ini menunjukkan sikap ataupun tabiat negatif dalam kalangan masyarakat kita.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa sangat sukar bagi kita untuk mengubah sikap seseorang. Ia memerlukan kesedaran dari diri mereka sendiri barulah ianya menjadi titik tolak untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun, kita sebagai peniaga yang sedar akan bahayanya plastik ini, mungkin kita boleh melakukan perubahan terhadap perkara tersebut.
Pembungkusan dalam aktiviti perniagaan boleh dilaksanakan tanpa menggunakan plastik pakai buang. Mungkin ramai berpendapat "Mesti orang malas nak beli sebab susah, tak ada plastik", "Satu lagi mesti barang kita akan jadi mahal sebab guna bekas guna semula, orang pun tak nak beli".
Baiklah. Saya tahu memang ramai akan berfikiran macam itu.
Sekarang, sudah ada pasar raya yang melaksanakan jual beli tanpa plastik pada hari-hari tertentu. Tetapi tetap ramai orang beratur membeli barang-barang di sana. Kenapa? Kerana memang sudah satu keperluan kepada kita semua untuk mendapatkan keperluan-keperluan itu untuk terus menjalani kehidupan. Kita mampu sebenarnya tapi kita malas dan kurang kesedaran.
Jadi, bagi semua peniaga, kita tidak perlu takut untuk melakukan satu perkara yang betul. Biasalah yang betul ini, susah orang untuk terima tapi yang salah tak perlu diajak untuk buat. Memang susah untuk biasakan yang betul. itu sudah menjadi lumrah kehidupan kita semua.
Ayuh sama-sama kita ubah!
Untung-untung juga, kelestarian alam sekitar jangan dilupa 😉